Selasa, 17 November 2009

Penyakit Dengki


Bahaya Penyakit Dengki

Hasad dan dengki adalah penyakit hati sangat berbahaya. Ia menimpa tidak kira usia dan pangkat. Makin kotor hati, makin parah, kesan dan tindakan yang lahir akibat penangan dengki.
Sudah banyak jiwa yang menderita, kasih sayang terlerai, rumah tangga terburai, nyawa melayang malah berlakunya peperangan dek kerana racun si hasad dan dengki. Iblis yang berseronok di syurga pun terlempar keluar gara-gara dengki.
Antara penyebab lahirnya hasad ialah:



  1. Perseteruan dan kebencian.



  2. Bangga dengan kedudukan dan rasa mulia.




  3. Angkuh.



  4. Rasa takjub dengan kebolehan.




  5. Takut hilang kedudukan.



  6. Gila nama dan glamour




  7. Busuk hati.

Perbincangan kali ini tertumpu kepada persoalanan cara merawat penyakit global ini. Cara rawatannya terbahagi kepada dua iaitu secara ilmiah dan amaliah (amali).
Cara ilmiah ialah melalui kesedaran betapa bahayanya penyakit dengki ini, pada dunia lebih-lebih lagi pada masa depan beragama dan hari pembalasan, iaitu hari akhirat.
Letaklah dalam minda, bahawa orang yang hasad sebenarnya dia sedang melawan ketentuan Allah. Dia membantah keadilan Allah yang maha Adil.
Orang dengki sedang melakukan jenayah iman dan merosakkan kemurnian akidah. Kesedaran juga perlu ditanam dalam hati, dengan berdengki kita meletakkan nama kita sebaris dalam kelompok dan menjadi ‘geng’ iblis dan syaitan . kotornya!
Ingatkan diri sifat tercela ini akan ‘menghaguskan’ kebaikan yang ditimbun selama ini. Tidak cukup dengan itu jiwa sentiasa tertekan, terseksa dan bersedih. Maklumlah, sentiasa berdendam saja.
Beritahu pada minda kita, dengan berdengki umur kita tidak bertambah dan umur orang yang kita dengki itu tidak berkurang pun.
Dengan hasad juga nikmat orang yang kita hasad itu tidak berkurang pun. Sebab yang memberi nikmat itu ialah Allah yang Maha Hebat.
Seperkara lagi yang perlu diketahui si pendengki supaya tidak berdengki ialah yang menderita itu si pendengki sendiri.
Malah, orang yang dihasadlkan itu yang teraniaya dan orang yang teraniaya akan dibantu Allah. Dosanya akan diampunkan Allah kerana kesabarannya menghadapi kedengkian, sehingga akan menjadi penebus dosa.
Rawatan ilmiah pula ialah melalui cara banyak berzikir dengan hasrat untuk merawat hati yang kotor itu.
Sekiranya hasad dengki itu membuatkan kita mencela, kita mesti buat yang sebaliknya iaitu dengan memuji orang yang kita dengki itu.
Jika dengan berhasad membuatkan kita sombong dengannya kita mesti paksa diri supaya merendah diri. Kalau dengan kita dengki membuat kita menahan pemberian,kita mesti paksa diri memberi apa-apa yang kita sayang.
Memang rawatan begini amat pahit, maklumlah hendak memaksah diri sendiri memang payah,malah ubat biasanya pahit. Banyakkanlah berdoa serta jangan lupa berkawan dengan orang yang soleh, iaitu orang baik-baik. selamat mencuba!


harian metro : Dr. Zawawi Yusoh

Selasa, 27 Oktober 2009

CINTA ABU BAKAR UNTUK AL-MUSTAFA’. 

[‘Ketika Rasulullah berada di hadapan, ku pandangi pesonanya dari kaki hingga hujung kepala. Tahukah kalian apa yang menjelma? CINTA!! ( Abu Bakar As-Siddiq r.a)

Wajah Abu Bakar. Langkah kaki pemuda Quraisy tidak lagi terdengar samar. Tak terasa tubuhnya bergetar hebat, betapa tidak, dari celah gua ia mampu melihat para pemburu itu di atas kepalanya. Sesetengah berbisik berkatalah Abu Bakar, “Wahai Rasulullah, jika mereka melihat ke kaki-kaki mereka, sesungguhnya mereka pasti melihat kita berdua.”
Rasulullah memandang Abu Bakar penuh makna. Ditepuknya sahabat karibnya ini perlahan sambil berkata, “ Janganlah engkau kira, kita hanya berdua. Sesungguhnya kita bertiga, dan yang ketiga adalah Dia, yang menggenggam iaitu Yang Maha Kuasa [Allah].
Sejenak ketenangan menyapa Abu Bakar. Sama sekali dia tidak khuatir keselamatannya. Kematian baginya bukan apa-apa, dia hanya lelaki biasa. Sedang untuk lelaki tampan yang kini dekat disampingnya, keselamatan diatas mati dan hidupnya. Bagaimana semesta jadinya tanpa penerang? Bagaimana Madinah jika harus kehilangan purnama? Bagaimana dunia tanpa cahaya penyampai wahyu? Sungguh, Baginda tidak gentar dengan tajam mata pedang para pemuda Quraisy, yang akan merobek tubuhnya serta menumpahkan darahnya. Sungguh Baginda tidak bimbang, runcing anak panah yang akan menghunjam setiap inci tubuhnya. Baginda hanya takut Allah. Muhammad, ya Muhammad…. Meraka membunuh Muhammad.
Mereka berdua berhadapan dan bersepakat untuk berjaga mengikut giliran. Keakraban mempesona itu bukanlah suatu kebohongan. Abu Bakar memandang wajah syahdu di depannya dalam hening. Setiap uratan di wajah indah itu dia perhatikan seksama. Aduhai betapa dia mencintai putera Abdullah. Kelelahan yang mendera setelah perjalanan jauh, seketika seperti ditelan kegelapan gua. Wajah didepannya yang saat itu berada nyata, meleburkan penat yang dirasai. Hanya pada satu nama yang tersemat didalam dadanya, CINTA!
Kemudian Nabi Muhammad SAW melabuhkan kepalanya di pangkuan Abu Bakar seperti anak kecil, Abu Bakar berenang dalam samudera kegembiraan yang sempurna. Tidak sama yang dapat mempesonakan selama dia hidup kecuali saat kepala Nabi yang ‘Ummi’ berbantalkan kedua pahanya. Mata Rasulullah terpejam. Denagn berhati-hati seperti seorang ibu, telapak tangan Abu Bakar mengusap peluh di kening Rasulullah SAW. Masih dalam senyap, Abu Bakar terus terpesona dengan susuk cinta yang sedang beristirehat dipangkuannya. Sebuah rasa mengalun dalam hatinya [ Allah, betapa ingin hamba menikmati ini selamanya]. Nafas harum itu terhembus satu persatu yang menyapa di wajah Abu Bakar.
Abu Bakar tersenyum sepenuh kalbu. Dia menatapnya lagi, tak bosan. Seketika wajahnya muram, dia teringat perlakuan orang-orang Quraisy yang memburu purnama Madinah seperti memburu haiwan buruan. Bagaimana mungkin mereka begitu keji menganggu cucu Abdul Mutalib, yang begitu jujur dan amanah. Mendung di wajah Abu Bakar belum juga surut. Sebuah kuntum keazaman memekar di dasar hatinya, begitu semerbak. Selama hayat berada dalam raga, aku Abu Bakar, akan selalu berada disampingmu untuk membelamu dan tak akan membiarkan sesiapa pun mengganggumu.
Kesuyian tetap terasa. Gua itu begitu dingin. Abu Bakar menyandarkan tubuhnya didinding gua. Rasulullah SAW, masih tetap dalam lenanya. Tiba-tiba sahaj, seekor ular mendesis-desis perlahan mendatangi kaki Abu Bakar yang terlentang.

Exam doh habis!!!! mano arah kito pahnih???

exam baru jah habis kelmarin.... niat doh dlm hati nak qada' tido tapi tak jadi jugak! tanya sain2 nak wat gapo pah nih??? masing-masing ado wat jawab nak keje, dok rumah jah, ada jugak kata nak wat lesen motor@keto!!!! ana nak ucapkan semoga dapt manfaatkan dengan sebaik mungkin masa yang ada!! waktu berdebar doh tak dok jadi takdoklah wat sakit jiwa seperti yanga didengar seblum exam..hehehe

Isnin, 5 Oktober 2009

Jangan Biarkan Hati Terus Bermusim Duka







Kalau Aku Boleh Undurkan Kembali Waktu Itu, Akan Aku Jaga Setiap Perhubungan Kita Ini Sedalam Cintaku Dalam Lautan Luas.... Biarlah Cintaku Berterusan Melangkaui Sempadan Bumi Ini Walaupun Tiada Yang Mengerti Pandangan NuraniKu....

Kini Aku Merasakan Waktu Kian Berlalu Tanpa Sempat Aku Menjadi Nombor Satu Dalam Ukhuwah Kita... Apakah Aku Yang Bersalah Terus Membiarkan Setiap Jiwa Itu Tertanya-Tanya Kenapakah Dengan Diriku????

Lalu Dalam Hati Tanpa Bisikan Realiti Aku Meluahkan Rasa Hati......
Aku Terlalu Mencintai Tanpa Aku Pasti Bila Waktu Akhir Akan Tiba....


Aku Terus Menyendiri Bimbang Kehadiran Diri Memburuki Keaadaan Yang Sentiasa Indah Di Mata Ku...... Lalu Allah, Apakah Salahku????

Pengikut